Sabtu, 10 Januari 2009

Kita dan Palestin

Jika anda berniat mendermakan sebahagian daripada wang anda untuk Palestin, anda sebenarnya masih tak faham-faham isu Palestin. Palestin bukan soal derma dan sedekah. Palestin adalah jihad dan kewajipan. Tuhan kita berkata, berjihadlah dengan harta dan nyawa kamu..

Wang, bahkan nyawa setiap umat Islam adalah tagihan Allah untuk bumi yang disucikanNya itu. Tiada muslim yang tidak mengambil bahagian di dalam jihad Palestin sepanjang zaman kecuali tuahnya pasti direntap bumi suci itu di akhirat nanti. 

Palestin adalah ujian Allah


Palestin adalah sebahagian ujian Allah ke atas umat nabi Muhammad sallaLlahu alaihi wasallam. Dari tiga bumi suciNya ( tanah haram ) itu, Allah memberi keamanan untuk Makkah dan Madinah, tetapi tidak untuk Palestin. Palestin sentiasa berdarah dan jika ia aman seketika atau lebih lama daripada itu, di sekelilingnya adalah penuh dengan komplot dan konspirasi musuh untuk merampas dan menghancurkannya kembali. 

Ia menjadi rebutan sepanjang zaman untuk umat tiga agama langit yang memiliki kitab samawi masing - masing yang mendakwa sejarah pendudukan dan pemerintahan di situ. Jika tidak kerana Allah menghukum dan memutuskan bahawa bumi haramNya itu adalah milik hambaNya yang bertaqwa yang berada di atas jalanNya yang lurus, iaitu Islam, agama tauhid nabi Ibrahim al hanif alaihissalam, iaitu datuk kepada ketiga - tiga umat tersebut,  maka tiadalah umat Islam memiliki hujjah mutlak untuk memilikinya. 


Cinta Palestin tanda iman dan taqwa

Mencintai Palestin adalah tanda iman dan taqwa. Kita mesti mencintainya melebihi kecintaan kita kepada tanah air sendiri.

Roda zaman yang berpusing menentukan bahawa bangsa Yahudi telah berjaya merampas dan mendudukinya kini selepas perjuangan lama mereka untuk menguasainya semenjak ribuan tahun dahulu. Selepas mereka menguasainya, impian dan angan - angan mereka begitu memuncak bahawa merekalah anak - anak tuhan yang diberkati segala tindakan mereka.

Hanyalah yang menghantui keyakinan mereka adalah pengetahuan tersembunyi mereka bahawa Palestin ini sebenarnya dan kesudahannya adalah milik  umat yang menjadi musuh nombor satu mereka. Mereka tahu Palestin adalah untuk umat Islam.

Hari ini, saat kita dan seluruh umat Islam cuba membina keyakinan dan azam baru di awal tahun baru hijrah, Palestin dibedil dan dibakar oleh Yahudi, musuh Allah, malaikat, manusia dan seluruh makhluk kecuali syaitan daripada kalangan jin dan manusia.

Negara Israel hari ini yang menghimpunkan bangsa Yahudi sedunia itu tahu bahawa mereka tidak boleh hidup dengan hidupnya Islam. Justeru harapan, azam, keyakinan dan masa depan umatnya harus sentiasa dilumpuhkan dan dipadamkan dengan apa jua senjata dan peralatan. Umat Islam mesti kekal putus asa, putus harapan dan putus hubungan dengan tuhannya. 

Membunuh umat Islam adalah ibadah dan persembahan mereka kepada tuhan mereka yang mereka ciptakan sendiri.

Cerita yang panjang


Palestin ceritanya panjang dan akan terus memanjang sehingga kiamat. Bermula keamanan dunia adalah dengan amannya Palestin dan bermula kecelakaan dunia adalah dengan celakanya keadaan di bumi Palestin. Begitulah Allah menetapkan sunnahNya bahawa Palestin adalah ujian kehidupan manusiawi.

Anda mesti tahu dan mesti akur bahawa lecehnya pengetahuan anda tentang Palestin adalah petanda lecehnya anda di sisi perjuangan Islam.

Jangan harapkan negara-negara Arab untuk mengembalikan Palestin. Sehingga semalam pun, mereka tidak mampu menyapu dan membersihkan diri daripada tohmahan bahawa mereka adalah sebahagian konspirasi pengeboman di Genting Gaza. Mereka membisu seperti bisu anak dara yang melakukan zina. Negara Arab yang berzina dengan Israel! Ah, sejak bila mereka menerima kehadiran HAMAS? Apatah mengiktiraf mereka sebagai rakan hidup dan mati? Sedangkan mereka tahu bahawa HAMASlah nyawa dan nadi umat Islam Palestin hari ini.      

Anda hanya perlu meneka, siapakah yang lebih takutkan HAMAS? Israel atau Arab nasionalis syirik itu sendiri?

Jangan pula mengharapkan negara kita.  Negara kita tidak akan menyokong HAMAS sebab HAMAS adalah saudara PAS. Mengharap pemerintah negara bertindak untuk Islam di Palestin adalah seperti mengharapkan perempuan mandul melahirkan anak atau seperti mengharap lelaki yang telah dikasi untuk mensyahwati perempuan.

Dalam dunia yang penuh nifaq dan kekufuran,  harapan adalah terletak di atas bahu sekelompok umat Islam yang berjuang untuk kembali kepada Islam yang sebenar. Harapan dan keyakinan masa depan adalah daripada umat yang bersedia menghidupkan kewajiban berjihad fi sabiliLlah.

Setiap kita mestilah mengambil bahagian melaksanakan kewajiban membebaskan bumi suci Palestin.

Jika 10,000 umat Islam di Malaysia menyimpan RM100.00 setahun untuk perjuangan membebaskan al Masjidil Aqsa daripada cengkaman zionis Yahudi, maka wakil pejuang Islam Palestin yang datang ke negara kita akan pulang ke medan jihad dengan RM1 juta dari rakannya di Malaysia.


Allah terima taqwa di dalam dada

RM1 juta itu banyak tetapi ia adalah terlalu kerdil di hadapan bilionan dolar yang dibelanjakan oleh Yahudi dan sekutu Amerikanya untuk menjajah tanah suci itu. RM1 juta itu banyak, tetapi ia adalah sedikit di banding 15 juta umat Islam di negara kita. Atas nama kewajiban ugama, umat Islam di Malaysia semestinya mengeluarkan puluhan juta ringgit untuk perjuangan suci ini.

Sekali lagi, usah mengharap dan berangan wang saku kerajaan nasionalis Melayu akan tumpah walau setitik ke Palestin. Jika ia menitik, ia akan jatuh ke anak mata buat mengaburi pandangan mata. Pemimpin nasionalis Melayu ini pula, bila masa mereka cukup duit? Mata mereka tidak melihat kecuali duit.

Allah tidak menerima RM100.00 yang kita keluarkan itu. Allah menerima taqwa di dada kita. Taqwa kitalah yang akan menggapai Tuhan dan ridhaNya. Ertinya, bukanlah RM1 juta yang perlu kita kumpulkan daripada 10,000 umat Islam di Malaysia, bahkan kita memerlukan sejumlah hambaNya yang bertaqwa yang berjuang di atas jalanNya yang benar. Apabila ada taqwa, adalah wang yang dikeluarkan atas nama kewajiban dan jihad.

100 orang kaya di negara kita yang bertaqwa sudah cukup untuk menghantar RM1 juta atau lebih ke Palestin. 1000 umat Islam daripada masyarakat bandar pertengahan yang bertaqwa sudah cukup untuk menghasilkan RM1 juta untuk Palestin.

Jika setiap kita bertekad untuk menggabungkan diri dalam 10,000 umat Islam negara yang tidur bangunnya adalah untuk Palestin dengan berazam menjadikan perjuangan membebaskan bumi suci itu sebagai sebahagian amal jihadnya di hadapan Allah di padang mahsyar kelak, pastinya kita mampu saja menghantar RM10 juta setiap tahun ke sana.

Ia adalah jumlah yang sedikit. Tetapi bayangkan betapa gembiranya rakyat Palestin, terutama para pejuangnya apabila mendengar jumlah wang sebanyak  itu datang daripada saudara mereka di Malaysia yang menyokong perjuangan mereka. Bayangkan betapa roh jihad mereka akan semakin panas dan membara buat membakar Yahudi laknatuLlah itu.

Saya membubuh angka agar anda tahu bahawa Allah mengurniakan pahalanya dengan angka dan juga berat. Dua rakaat masing - masing di Masjid Nabawy, di Masjidil Haram dan di Masjidil Aqsa adalah bersamaan lebih ratusan ribu rakaat berbanding dua rakaat dan sujud anda di masjid Putra Jaya atau di balaisah di hadapan rumah anda.

Bukan negara - negara umat Islam yang hidup penuh dayus dan nifaq hari ini yang akan membebaskan bumi Palestin daripada penjajahan. Mereka adalah bagai buih - buih yang dilambung ombak tanpa perlu dihirau hitung berapa beratnya.

Sudikah setiap kita untuk mendaftar diri sebagai pejuang Islam untuk pembebasan Palestin?

Pengganas Yahudi Menyerang Dunia

 

Innalillahi wa inna ilaihi raji'un. Tiada kata yang dapat menggambarkan sakit hati dan kemarahan kita terhadap Yahudi di ketika ini. Sudah masuk hari ketiga Palestin diserang.

palestin.gif


Laporan berita BBC sebentar tadi ( 29 Dis 08 jam 10 pm waktu UK) memaparkan petikan ucapan Setiausaha Agung United Nation, Ban Ki-Moon  yang amat tidak waras lagi tidak beraqal. Namun sejuta maki hamun kita masih belum mampu membantu rakyat Muslim Palestin.

Mr Ban said he was "deeply alarmed" by the escalation of violence in Gaza. While recognising Israel's right to defend itself from militant rocket attacks, he condemned its "excessive use of force".
(http://news.bbc.co.uk/1/hi/world/middle_east/7803711.stm)

Laporan bertulis BBC itu tidak memasukkan ucapan awal Ban yang mengecam Hamas sebagaimana yang disiarkan dalam berta mereka. Namun anda boleh mendengar sendiri ucapannya di link BBC di atas.

Ban berkata :-

"Kami mengecam serangan yang dilakukan oleh Hamas terhadap Israel, dalam pada masa kami mengakui hak Israel untuk mempertahankan dirinya, kami turut mengecam serangan besar-besaran yang dilakukan Israel"

Nada selari tanpa aqal ini sebenarnya dikarang oleh White House sebagaiman dilaporkan oleh White House.

The White House, meanwhile, said Monday that Israel was not looking to "retake" the Gaza Strip and was only acting to defend its citizens
(http://www.aljazeera.com/news/newsfull.php?newid=198833)

Demikianlah rupa United Nation yang begitu menikus dalam kenataaannya sehingga menafikan fakta, mujur laporan berita BBC kelihatan lebih rasional dengan kelihatan tidak berpuasa hati dengan serangan Israel, ia juga mendedahkan betapa rakyat Palestin di Gaza yang dipenuhi dengan orang awam diserang.

Laporan mereka turut mendedahkan beberapa kawasan Israel yang diserang namun dengan jelas pengulas mengatakan, perasaan takut di kawasan Israel terlalu sedikit berbanding suasana menakutkan di Gaza.


KEMATIAN DAN KEMUSNAHAN

Di Gaza, dilaporkan sekitar 350 orang Palestin telah maut dimamah senjata dan sebahagian dari jumlah tersebut disahkan dengan rasmi adalah orang awam, kanak-kanak dan wanita serta orang awam tanpa senjata. Sekitar 1550 orang pula cedera. Manakala menurut laporannya hanya 4 orang Yahudi maut dalamserangan balas HAMAS.

Sebuah keluarga diragut hidup mereka di waktu sedang tidur apabila rumah mereka terkena serangan bom, dinding runtuh dan hanya seorang sahaja yang selamat.


OBJEKTIF SERANGAN


Berita BBC turut melaporkan, pihak Yahudi dilaporkan sengaja menyerang besar-besaran bagi meningkatkan rasa keyakinan terhadap pertahanan dan ketenteraan mereka serta menimbulkan rasa takut di kalangan musuhnya, terutamanya Hamas dan Hizbullah.

Menurut Timbalan Perdana Menteri Yahudi,  Haim Ramon ; Objektif utama mereka pula adalah menjatuhkan kerajaan pimpinan HAMAS, DAN MEREKA HANYA AKAAN BERHENTI SERANG APABILA KERAJAAN DIAMBIL OLEH SESIAPA SELAIN HAMAS!.
(http://www.aljazeera.com/news/newsfull.php?newid=198833)

Motif tersirat adalah pembersihan etnik Palestin dari muka bumi.!  Bukankah dahulu US dan kuncunya sibuk mempromosikan demokrasi ? dan HAMAS adalah kerajaan yang sah di pilih melalui sistem tersebut! Justeru mengapa diganggu dan ingin dijatuhkan secara keji!.

Jurucakap tentera Israel, Avi Benayhu pula melaporkan serangan ini hanya baru di peringkat permulaan, berates-ratus kereta kebal Israel sedang berbaris di sempadan menunggu isyarat serang. Moga mereka hancur sebelum sempat menyerang.


YAHUDI ISRAEL ADALAH TERRORIST

Benar, itulah Yahudi Israel jika dilhat dari definisi terrorist menurut kerajaan Amerika

Under Section 3 of Executive Order 13224 "Blocking Property and prohibiting Transactions with Persons who commit, threaten to commit, or support Terrorism", the term "terrorism" means an activity that...

(i) involves a violent act or an act dangerous to human life, property, or infrastructure; and

(ii) appears to be intended

• to intimidate or coerce a civilian population;

• to influence the policy of a government by intimidation or coercion; or

• to affect the conduct of a government by mass destruction, assassination, kidnapping, or hostage-taking.

Selain itu, mereka turut menunjuk kuasa melebihi US, Eropah dan dunia apabila memulakan serangan tanpa sebarang perbincangan dengan kuasa dunia uyang lain.


BANTUAN TERPANTAS KITA

La hawla wal Quwwata Illah billah, bantuan terpantas dari kita buat masa ini adalah qunut nazilah, serta doa buat umat Islam Palestin dan moga Allah s.w.t menghancurkan tentera Israel dengan tenetra MalaikatNya. Jika doa Muslim Palestin tidak mencukupi bagi mendapatkan kemaqbulan di ketika ini, marilah kita sama-sama dengan segera membantu mereka, di harap doa kita mampu membantu mereka dalam kadar segera.

Sememangnya ramai yang tidak peduli dengan serangan ini. Pemimpin arab dan barat semuanya akan bermain dengan kata-kata semata-mata. Tanpa menafikan adalah lebih baik pemimpin yang berkata dan mengecam dari yang terus senyap membisu seribu bahasa.  

KEGAGALAN ISRAEL

Kegagalan Israel 
Ketahuilah, Palestin kini secara politiknya ada dua bahagian, Genting Gaza (Gaza Strip) & Tebing Barat (West Bank). 

Secara haknya, seluruh kawasan 'Israel' (secara tegas saya nyatakan negara ini tidak wujud) dan 2 bahagian ini ialah wilayah Palestin yang sebenar.

Bagaimana Gaza mendapat namanya?


Bayangkan kalau seluruh rakyat Pahang dihalau dan disuruh masuk ke kawasan Kuantan dan sekitarnya, maka akan terbentuklah Genting Kuantan. Maka, bandar terbesar di Genting ini ialah bandar Kuantan.

Begitulah juga dengan Gaza dengan bandar utamanya iaitu Gaza City. Gaza ni kecil sahaja,
lebih kecil daripada Perlis, dan besar sikit daripada bandaraya Kuala Lumpur (ibu kota Malaysia).
Dulu apabila saya membaca kepadatan penduduk dunia, maka dikatakan kawasan terpadat di dunia ialah Macau la, Malta la, Monaco la. Rupanya Gaza lebih padat lagi. Bayangkan dalam kawasan sekecil tu, ada 1.5 juta orang penduduk!

Memang Israel hendak menjadikan Palestin sebagai 
ground Zero. Mungkin mereka telah 'berjaya' menghapuskan anak muda (setakat ini 30% terbunuh ialah kanak-kanak). Mungkin ramai wanita-wanita yang hilang suami dan sebaliknya.

Namun yang gagal dihalang Israel ialah;

i) dunia semakin tahu akan kedajalan Israel
ii) dunia semakin kenal watak jahat AS dan bagaimana badutnya Bush (dan Obama yang dua kali lima)
iii) dunia semakin tahu akan kehebatan HAMAS
iv) Gaza semakin terkenal
v) ummat dunia terutamanya Muslim bertambah sedar akan isu Palestin

Komen editor
: Kita perlu sedar bahawa serangan Israel laknatullah terhadap Gaza merupakan isu kemanusiaan. Bayangkan sebuah 'tempat' kecil yang dikelilingi oleh tembok buatan Israel dan dipenuhi jutaan orang, diserang dengan kapal terbang perang, Apache dan kereta kebal. Bayangkan jika Kuala Lumpur (Gaza hanya sebesar Kuala Lumpur) diserang begitu oleh Israel. Sebab itulah kita dapat lihat response seluruh masyarakat dunia, tidak kira Muslim atau bukan Muslim.

Jangan Berhenti Berusaha

Setiap hari membelek berita berkenaan Palestin, setiap hari rasa pedih dan adakalanya terasa seolah tidak mahu mendengar sebentar laporan berita berkenaannya kerana sukar menahan rasa sakitnya. Sudah hari kesepuluh dan serangan semakin ganas. Sekitar 550 orang Palestin telah diragut nyawanya termasuk kanak-kanak dan wanita serta orang awam, manakala seramai 2500 lagi cedera. 

Bekalan ubatan, makanan dan perkara asas semakin kurang. Hospital dan doktor amat terhad dan laporan berita menyatakan ada doktor yang tidak sempat tidur sama sekali. Palestin pula telah terbahagi kepada tiga bahagian, kiri dan kanan telah mula ditembusi oleh Yahudi, hanya bahagian tengah masih belum berjaya ditembusi. Jelas, mereka sedang melakukan penjajahan secara fizikal dan menghilang Palestin dari peta dunia! 

Persoalan utama sekarang, apa lagi yang boleh bantu yang benar-benar dikira membantu?? Satu soalan yang saya sendiri turut kerap menyoal diri ini. Saya tiada jawapan yang melegakan, atau jawapan yang membuatkan anda terperanjat kerana ‘di luar kotak'. Namun bagi saya, kita semua boleh membantu berdasarkan rasa kemampuan masing-masing. Siapa boleh lebih, buat lebih, siapa hanya mampu yang kurang, buat jugalah. Keadaan manusia yang berbeza-beza dalam kemampuan ini diiktiraf sendiri oleh Nabi akan kewujudannya. Justeru, jangan harapkan semua orang mampu menjadi terlalu ‘berani seperti anda, terlalu ‘pemurah' seperti anda, terlalu ‘berjasa' seperti anda. Nabi s.a.w bersabda dalam hadis yang sangat popular. 
Erti : Sesiapa yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mencegah dengan tangannya, barangsiapa yang tidakmampu, cegahlah dengan lisannya (perkataan dan tulisan), barangsiapa yang tidak mampu, cegahlah dengan hatinya (iaitu dengan rasa benci)"


USAHA KITA : PILIHLAH
Natijahnya, pilihlah salah satu atau lebih dari satu dari tindakan di bawah untuk membantu saudara kita di Palestin yang dijajah dan Palestin yang sedang cuba dijajah. 

1) Bantuan tenaga dan diri ; Pergilah ke medan di Palestin, jika anda ada cara, kemampuan dan keikhlasan. Sama ada untuk membantu menghantar bantuan kemanusian, perubatan, psikologi atau yang lebih dahsyat dari itu dari segi fizikalnya.. 

2) Bantuan Harta : Bagi yang tidak mampu pergi ; sumbanglah bantaun kewangan atau pakaian dan lainnya kepada badan yang dipercayai lagi berwibawa di tempat anda. Agar bantuan tersebut boleh sampai kepada rakyat Palestin yang sedang menderita. Cuaca sejuk kini tidak menentu, di UK kami ditimpa cuaca sejuk luar biasa sehingga (negatif 10) atau -10 darjah celcius. Palestin juga berada dalam cuaca sejuk, sekitar di bawah 10 celcius di sebelah malam 

3) Bantuan Doa ; Bagi yang tidak mampu memberi kedua-dua bantuan di atas, atau termasuk juga merkea yang mampu, teruskan berdoa untuk keselamatan rakyat Palestin, Iraq dan umat Islam, doakan bala bagi Yahudi, pemimpin Amerika dan rakyatnya yang menyokong, pemimpin Mesir dan sekutunya-sekutu mereka yang membuka jalan dan menyokong serangan pengganas Yahudi ini. Doa anda boleh bacanya sebagai :

A: Qunut Nazilah dalam setiap solat fardhu anda, anda dibenarkan untuk memegang kertas doa semasa qunut tersebut kerana tentunya sukar untuk menghafalnya. Itu tidak membatalkan solat dalam semua mazhab termasuk mazhab Syafie kerana andatidak bergerak besar berturut-turt sebanyak tiga kali. Hanya angkat sekali kertas doa, berhenti sebenar kerana membaca, kemduain terus turun sujud, tiada berturut-turut. 

B: Doa semasa sujud dalam setiap solat. Ia lebih maqbul berdasarkan nas yang sohih. 

C: Khatib bacalah doa untuk Palestin di hujung khutbah Jumaat. 

D: Dan banyak lagi waktu doa maqbul. 




4) Solat Hajat ; Bagi mereka yang berpegang kepada bolehnya dilakukan solat hajat sama ada secara individu atau berjemaah. Anda turut boleh meneruskannya. 

5) Menyertai Demonstrasi Aman : Sertailah ia dengan aman dan makmurkannya, namun jangan lupa juga memakmurkan masjid di kala Subuh dan waktu-waktu lain. 

6) Menulis ; Tulislah di blog, web, forum anda, ruangan akhbar, majalah yahoogroup dan lainnya, buatkanlah kajian ringkas dan permudahkan penyampaian info kepada orang ramai berkenaan kezaliman Yahudi terhadap Palestin dan sekutu-sekutu mereka. 

7) Ceramah ; anda mampu ceramah? berikanlah ceramah berkaitan isu ini atau hadirkanlah diri ke ceramah berkaitannya di tempat anda.Anda tidak semestinya seorang ustaz/ah untuk ceramah dalam bab ini, wartawan pun boleh. 

8) Boikot : perkukuhkan boikot barangan Yahudi dan Amerika di ketika ini. Hantarlah surat dan bantahan, petition, memorandum kepada kedutaan Amerika, Mesir dan sekutu jahat mereka. Pelajar Al-Azhar, kami mendambakan tindakan dan usaha anda terhadap kerajaan Mesir. 

TINGKATKAN KEPEDULIAN
Tingkatkan kepedulian kita terhadap nasib saudara kita umat Islam. Jangan dirasakan usaha kita sangat kerdil, tidak mampu memberi sebarang kesan. Yakinilah bantuan Allah, sangka baiklah dengan Allah, nescaya Allah bersama hambaNya yang bersangka baik dan taatinya. Sebagai sebuah hadis qudsi ertinya: Allah menyebut : "Aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu, dan aku bersama mereka apabila mereka mengingatiKu "(Riwayat Muslim)

Sebahagian riwayat lain pula berbunyi yang bererti : "Aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu, sekiranya mereka bersangka baik, maka akan ditunaikan, jika mereka bersangka buruk, turut akan ditunaikan "( Riwayat Ahmad, Ibn HIbban) 

AMERIKA SUDAH SAKIT, BERIKAN HADIAH KEEGOANNYA!
Keegoan dan keangkuhan Amerika dalam bidang ekonomi sedang jatuh merudum, hari ini berita BBC melaporkan Presiden dipilih, Barrack Obama mengatakan ekonomi USA sedang ‘SANGAT SAKIT' dan sangat serius masalahnya. Rakyat Amerika yang kehilangan kerja semakin ramai. Obama sedang pening kepala masa plannya untuk USA, Bush bukan main seronok dengan Yahudinya. Jualan kereta di US pula kini diratah serangan virus kegawatan ekonomi apabila jualannya jatuh paling teruk sejak 1992. Jualan di pasaran Detroit Three jatuh 50 % buat pertama kalinya. Chrysler pula rugi dengan kejatuhan jualan sebanyak 53 % ,manakala jualan Toyota, Honda, GM dan Ford jatuh 31 ke 37 peratus.
 
Seorang rakan warganegara Amerika di sini memberitahu kami bahawa Bush sedang merancang Amerika menyertai perang, itu adalah salah satu jalan agar perlantikan rasmi Obama sebagai Presiden UA pada 20 Januari 2009 terpaksa ditangguh, kerana demikian menurut undang-undangnya. Iaitu jika US sedang dalam peperangan, Presiden yang sedang menerajui akan kekal. Kami tiadalah mengetahui sejauh mana benarnya ramalan atau analisa ini. Cuma ini mungkin salah satu sebab Obama dan rakannya, senyap sunyi menggelak dari memberi komen dalam isu Palestin. Namun saya kira, mungkin hasrat Bush sedikit terganggu kerana untuk berperang Amerika perlukan berbillion US, bagaimana ia boleh sedang dalam ekonomi yang sanagt sakit dan teruk.? 

MUJUR BRITAIN SEDANG PARAH, TAK LARAT BERSUARA

Kalau sebelum ini yang tidak kurang bengisnya adalah Britain, sebagaimana dalam kes Iraq, namun, kini UK agak senyap sunyi sikit, Alhamdulillah. Mengapa? Jika Amerika sedang merudum dengan laju teruknya, UK setiap hari berita parahnya semakin menjalar, sehingga nilai Pound Sterling jatuh menjunam hampir sama malah pernah lebih rendah daripada matawang Euro. Kes buang kerja tidak henti-henti, pasaraya dan syarikat besar satu demi satu bungkus seperti Woolworths, MFI dan banyak lagi, menghidangkan kebanjiran pengganggur. Ditambah dengan cuaca sejuk luar biasa, Sehingga kami yang berada di sini turut bimbang. Dan pada 6 Jan, Gordon brown bersetuju dengan cadangan rencatan senjata kedua belah pihak tetapi mengikut skima Bush, iaitu dengan pelbagai syarat yang tidak menyebelahi Palestin dan Hamas tentunya. Malah sebahagian syarat ini tidak mungkin dapat ditunaikan. 

QUNUT NAZILAH 
Berikut adalah cadangan Qunut Nazilah dengan baris yang telah saya usahakan barisnya dan ertinya, agar boleh dibaca oleh orang ramai. Maksudnya : 

"Ya Allah sesungguhnya kami memohon pertolongan dariMU dan kami beriman denganMu, dan kami bertawakkal kepada Mu, dan kami memuja Mu dengan kebaikan dan kami tidak mengkufuriMU, Ya Allah hanya engkau yang kami sembah dan kepada Mu kami menunaikan solat dan bersujud, kepadaMu kami berusaha, kami mengharapkan rahmatMu dan kami takutkan azabMu, sesungguhnya azabMu yang pedih akan dikenakan kepada orang-orang yang kafir, Ya Allah azablah orang-orag kafir Ahli kitab yang menghalang-halangi dari jalanMU." .Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami menjadikan-Mu sebagai pendinding (kepada musuh2) kami, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka. Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan yang menurunkan al-Kitab (al-Quran), dan wahai yang menjalankan awan, dan wahai yang menghancurkan tentera al-Ahzab, hancurkanlah Yahudi perampas dan penjajah dan bantulah kami ke atas mereka dan goyankanlah mereka. Wahai Tuhan kami, binasakanlah kesempurnaan mereka, dan pecah-belahkanlah jemaah/kesatuan mereka, dan gagapkanlah perkataan mereka (melalutkan kereka), pecah belahkanlah hati-hati mereka, goyahkanlah pendirian mereka, dan hantarkanlah anjing ke atas mereka dari anjing-anjing suruhanMu, wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Maha Berani, wahai Tuhan Yang Maha Berdendam, wahai Allah tuhan kami, turunkanlah ke atas mereka kemarahan dan kesakitan dariMu yang tidak mampu ditolak oleh kaum yang berdosa. Ya Allah, bantulah muslimin dan pejuang Islam dalam petempurannya dengan Yahudi, Ya Allah bantulah kami untuk mengalahkan mereka di mana-mana sahaja, Ya Allah tunjukkanlah kepada mereka keajaiban kuasaMu, Ya Allah jadikanlah mereka boleh dibilang, dan bunuhlah mereka sebinasanya, dan janganlah engkau lepaskan mereka walau seorang. Ya Allah jadikanlah senjata dan harta mereka sebagai harta rampasan di tangan kaum Muslim, Ya Allah jadikanlah senjata mereka mengenai dada mereka sendiri, dan helah mereka mengenai tengkuk mereka, dan perancangan mereka penghancur mereka sendiri, Ya Allah jadikanlah para Malaikat membantu kaum Muslimin, Ya Allah tepatkanlah tembakan dan lontaran mereka Ya Allah hancurkanlah mereka sebagaimana engkau mengahncur kaum Iram dan ‘Ad , Ya Allah palulah mereka dengan paluan azaz kerana mereka telah melakukan kerosakan dalam negara dan membunuh para hambaMu. Ya Allah bantulah saudara kami di LUbnan, Palestin, Afghanistan, Iraq dan seluruh negara umat Islam. 


BOIKOT ISRAEL


CELAKALAH KAU ISRAEL



Pagi semalam pandangan saya tertarik kepada muka depan Akhbar Utusan Malaysia. Gambar di atas adalah gambar yang tercetak pada Akhbar Utusan Malaysia 07 Januari 2009.

Saya merenung gambar tersebut dengan penuh teliti. Lantas Saya terbayang wajah comel anak saya, Syasya. Saya terbayang, kalau itu adalah anak saya kerana saya dapat bayangkan betapa comelnya anak malang itu. Sudah pasti dia masih belum mengerti apa-apa tentang kehidupan. Mungkin hanya mahu bermain dan mencuba perkara-perkara yang baru dipelajari.

Mangsa adalah seorang anak kecil yang masih terlalu mentah dan tidak tahu apa-apa tetapi peluru Perang menjadikannya mangsa yang cukup memilukan. Wajah kecil yang suci tanpa dosa itu menjadi korban Rejim Israel Laknatullah.

Hati saya panas! Kesal dan terasa begitu lemahnya Umat Islam. Dunia hanya mampu mencecam, mengutuk dan kesal terhadap apa yang berlaku tanpa ada tindakan-tindakan konkrit. Saya sendiri harus mengakui kelemahan diri yang nyata menjadikan Israel bermaharajalela membunuh dengan sesuka hati. Lebih 650 nyawa melayang seperti ia tiada apa-apa perasaan dalam hati mereka. Membunuh dengan kejam seolah sudah menjadi makanan harian yang langsung tidak meninggalkan kesan dalam hati mereka. Nyatalah hati mereka sudah langsung mati!

Setelah kesucian Masjid dinodai, kini Israel yang mula menggerakkan serangan darat mula menjadikan sekolah sebagai sasaran dan mungkin juga nanti hospital juga akan turut menjadi sasaran. Israel tidak mengenal erti kemanusiaan. Tambahan pula ia disokong oleh Amerika yang seperti melepaskan batuk di tangga berjanji untuk menyelesaikan masalah ini. Sememangnya Amerika merupakan boneka Israel.

Semalam penggunaan Bahan Fosforus yang boleh mengakibatkan kulit terbakar mencerminkan usaha bersungguh-sungguh Israel melakukan penghapusan etnik dan hasrat mereka untuk memperluaskan negara haram mereka.

Marilah kita sama-sama mengambil langkah mula untuk mengajar Rejim Israel dan sekutunya Amerika Syarikat. Mari kita buktikan dengan memboikot barangan Amerika/Israel. Memang harus diakui dalam kehidupan seharian kita, kita sudah sebati dengan barnagan mereka tetapi demi maruah Islam marilah kita sama-sama mengurangkan penggunaan barangan Amerika/Israel sebagai permulaan dan kemudian terus langsung tidak menggunakannya.

Kalau macam Coca Cola, sepatutnya kita boleh terus henti minum. Marilah kita sama-sama membuktikan bahawa kita mampu memberi impak walaupun kita hanyalah insan kerdil tetapi jika kita bersatu, kita akan teguh.

Berbalik isu Gaza, adakah dunia dan Amerika akan menganggap Ehud Olmert sebagai Penjenayah Perang? Beranikah dunia? Kalau Saddam Hussein dan Iraq, cukup pantas dunia mengambil tindakan tetapi jelas ‘double standard‘ berlaku dalam kes ini.

Sekali lagi dengan suara yang kerdil ini, saya menyeru semua Umat Islam dan saudara muslimku agar sama-sama bersatu dan sama-sama bertindak dengan segala daya kita untuk mengembalikan kegemilangan Islam di bumi Allah ini.

Ayuh saudara-saudaraku!

CELAKALAH KAU ISRAEL!

Isnin, 29 Disember 2008