Sabtu, 10 Januari 2009

CELAKALAH KAU ISRAEL



Pagi semalam pandangan saya tertarik kepada muka depan Akhbar Utusan Malaysia. Gambar di atas adalah gambar yang tercetak pada Akhbar Utusan Malaysia 07 Januari 2009.

Saya merenung gambar tersebut dengan penuh teliti. Lantas Saya terbayang wajah comel anak saya, Syasya. Saya terbayang, kalau itu adalah anak saya kerana saya dapat bayangkan betapa comelnya anak malang itu. Sudah pasti dia masih belum mengerti apa-apa tentang kehidupan. Mungkin hanya mahu bermain dan mencuba perkara-perkara yang baru dipelajari.

Mangsa adalah seorang anak kecil yang masih terlalu mentah dan tidak tahu apa-apa tetapi peluru Perang menjadikannya mangsa yang cukup memilukan. Wajah kecil yang suci tanpa dosa itu menjadi korban Rejim Israel Laknatullah.

Hati saya panas! Kesal dan terasa begitu lemahnya Umat Islam. Dunia hanya mampu mencecam, mengutuk dan kesal terhadap apa yang berlaku tanpa ada tindakan-tindakan konkrit. Saya sendiri harus mengakui kelemahan diri yang nyata menjadikan Israel bermaharajalela membunuh dengan sesuka hati. Lebih 650 nyawa melayang seperti ia tiada apa-apa perasaan dalam hati mereka. Membunuh dengan kejam seolah sudah menjadi makanan harian yang langsung tidak meninggalkan kesan dalam hati mereka. Nyatalah hati mereka sudah langsung mati!

Setelah kesucian Masjid dinodai, kini Israel yang mula menggerakkan serangan darat mula menjadikan sekolah sebagai sasaran dan mungkin juga nanti hospital juga akan turut menjadi sasaran. Israel tidak mengenal erti kemanusiaan. Tambahan pula ia disokong oleh Amerika yang seperti melepaskan batuk di tangga berjanji untuk menyelesaikan masalah ini. Sememangnya Amerika merupakan boneka Israel.

Semalam penggunaan Bahan Fosforus yang boleh mengakibatkan kulit terbakar mencerminkan usaha bersungguh-sungguh Israel melakukan penghapusan etnik dan hasrat mereka untuk memperluaskan negara haram mereka.

Marilah kita sama-sama mengambil langkah mula untuk mengajar Rejim Israel dan sekutunya Amerika Syarikat. Mari kita buktikan dengan memboikot barangan Amerika/Israel. Memang harus diakui dalam kehidupan seharian kita, kita sudah sebati dengan barnagan mereka tetapi demi maruah Islam marilah kita sama-sama mengurangkan penggunaan barangan Amerika/Israel sebagai permulaan dan kemudian terus langsung tidak menggunakannya.

Kalau macam Coca Cola, sepatutnya kita boleh terus henti minum. Marilah kita sama-sama membuktikan bahawa kita mampu memberi impak walaupun kita hanyalah insan kerdil tetapi jika kita bersatu, kita akan teguh.

Berbalik isu Gaza, adakah dunia dan Amerika akan menganggap Ehud Olmert sebagai Penjenayah Perang? Beranikah dunia? Kalau Saddam Hussein dan Iraq, cukup pantas dunia mengambil tindakan tetapi jelas ‘double standard‘ berlaku dalam kes ini.

Sekali lagi dengan suara yang kerdil ini, saya menyeru semua Umat Islam dan saudara muslimku agar sama-sama bersatu dan sama-sama bertindak dengan segala daya kita untuk mengembalikan kegemilangan Islam di bumi Allah ini.

Ayuh saudara-saudaraku!

CELAKALAH KAU ISRAEL!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan